Thursday, January 3, 2008

Hari Yang Panjang...

Setelah seharian bertungkus-lumus menyediakan hidangan untuk majlis barbekue kami, semua pun tertidur dengan nyenyak sekali pada malam itu....

Keesokan paginya kami pun bangun lalu 'perangat' balik makanan semalam dan makan...

Tengah hari pulak tak makan sebab dah kenyang...

Petang itu saya dan Ain pun pergi ke Setiu dengan perut yang lapaq....huhuhu....Kami makan roti ja untuk mengalas perut...

Angemi pulak sibuk memasak di rumah sambil menunggu kepulangan kami...

Akhirnya kami pulang jua dari setiu...Akan tetapi, terasa panas pulak hati ini apabila mendapati bahawa di kedai-kedai sekitar rumah kami tidak terdapat seketul pun mentega atau 'butter'...
Lalu kami pun meneruskan perjalanan ke Mydin untuk membeli seketul mentega...
(inilah mentega paling mahai yang pernah dibeli...huhuhu...
duit minyak keta nak p Mydin tu lagi mahai dari harga mentega itu tao...)

Akhirnya Angemi dan seisi rumah terpaksa mengadap hidangan makan malam tanpa kami...

Setelah pulang dari Mydin, kami pun menuju ke hatchery untuk memberi makan kepada tuntung-tuntung yang ada di sana..Dalam pada itu, perut kami meraung-raung minta diisi...
huhuhu..

Lalu setelah berhempas pulas, kami dapat pulang ke rumah jua akhirnya, dan mengadap makan malam yang dimasak khas oleh Angemi...

  • Nasik
  • Sup telur
  • Pedal masak kicap
  • Ikan bilis goreng
  • Telur dadar

Sodapnya hingga tak terkata........Lapaq sebenaqnya...huhu...

No comments: